Tik tok. Tik tok.
Aku leka. Masa berlalu pergi tanpa sebarang tanda mahupun kata.
Terus..berlalu tidak menoleh biar sesaat.
Tik tok. Tik tok.
Mata memberi tahu perit yang ditanggung. Aku tidak menerpa.
Minda minta diberhentikan. Tidak langsung aku hiraukan.
*aihhhhhhhhhh* mengeluh seketika.
Tik tok. Tik tok.
Aku benci. Kau bagai jarum yang ditusuk pada belon tidak pula meletop.
Aku benci. Pergi jauh dari aku yang minta belas kasihan.
Wahai kamu. Insomnia jangan pernah datang lagi.
Aku mahu seperti matahari, yang lenyap tika gelap dibuai mimpi.