terjah aku. ke??

web site hit counter

September 3, 2010

Puasa.

masih kurang pengertian puasa,
beramal, beribadat.
menjadi tunggak untuk mendirikan tempat untuk berteduh menjelang panggilanNYA.
dan lagi aku masih kurang,
masih kurang erti pemahaman, erti mengamalkan, mahu erti diwajibkan.
sesal, melihatkan diri mahupun mereka mengenal apa itu puasa.

*menggelengkan kepala..*

yang berpuasa,
berpegang tangan lagi menjalar-jalar,
yang berpuasa,
berkata kesat bagai meludah-ludah ditepian orang.

*terlebih pahala agaknya..*

tak kurang pula yang menjeling-jeling,

bukan kata untuk mengadap tuhan,
tapi malaikat juga berpaling, tidak sanggup melihatkan manusia itu mensia-sia seharian kelaparan..

*kasian..*

apa itu yang ditunggu hampir setahun?
apa itu diharap ganjaran hanya sekerat?
apa nilai yang diterap, kurang bagi akal??

lihat,
persis diri masih kurang,
jangan biar pulang dengan tangan yang kosong.
nescahaya,
tergolong dikalangan orang yang rugi.

Hari-hari mendatang

Daisypath Anniversary tickers