terjah aku. ke??

web site hit counter

September 26, 2010

"Kata Orang"

kata orang tahun baru, lembaran baru..
hari raya, lebaran gitu..

tapi kini. aku nak tutup semua kisah luka..
yang lama aku tak toleh ke belakang..
yang didepan aku kejarkan..
yang ditepi aku jelingkan..
yang diatas aku utamakan..

aku tak mahu buang apa yang menjadi kenangan.
aku simpan, agar dapat mengukir senyuman,
dikala tua datang menjemput, masih tersemat semua didada.
memori indah berakhir luka..
namun hati minta ketepikan itu semua, agar aku sentiasa ceria..

mungkin dahulu aku kurang ingat padaNYA..
kini ujian yang datang hanya menduga..
kalaulah aku masih sayang dan ingat padaNYA..
pasti kasih yang sering dikurnia..

ya ALLAH..
berikan aku kekuatan..
jauhi aku dari tergolong dalam mereka yang rugi..
dari tergolong dari mereka yang sering melupakan mu..
dari mereka yang tidak pernah hargai kasih sayang mu..
hanya itu yang ku pinta..


p/s: kata orang kita sering lupa, bila dilanda masalah baru mengingatiNYA..
aku akui..aku insan lemah..masih kurang serba serbi..moga ALLAH masih melindungi..amin..

Hari-hari mendatang

Daisypath Anniversary tickers