semakin hari difikirkan semakin dikejar usia wanita ini.
gagah dah kuat semangatnya selama ini buat aku jadikan dia peransang sebahagian besar diri ini. malah sepanjang 23thn aku mengenal dunia.
takku bisa menjadi seperti itu.bahkan barangkali wanita ini hanya seorang sahaja sifatnya,kecekalanya, di semesta ini.
watikah ini bukan untuk dibuat-buat. tidak.
kehebatan melahirkan 8 cahaya hidupnya sudah cukup membuktikan.
alangkan 1 sudah tersiksa inikan 8 ditanggungnya.
iya mungkin itu semua tidak dapat dilihat akal bila mana mata dikaburi amarah.
namun disudut itu aku meminta.
wanita ini celikkan mata bila mendengar tangisnya suara anak kecil dia.
berikan makan bila diminta. usungkan kehulu kehilir sampai boleh berjalan si kecil itu.
itu sudah cukup membuktikan kesahihannya.
kesalahan setiap dilakukan setiap manusia itu adalah kepastian.
sudah tentu wujudnya mereka yang tergolong untuk dijauhi itu semua. tetapi itu mereka tinggi darjatnya. sama sekali jauh langit dan bumi menyamakan dia seperti mereka.
tepuk dada tanya selera. kita juga tidak pernah lari dari membuat kesilapan.dan itu sudah menjadi kemestiannya.
malahan kesilapan itu pasti akan dibalas dengan berbagai cara.
sesuatu yang tidak akan pernah diketahui oleh mereka yang digelar "manusia".
sudah juga dikabarkan. DIA diatas sana akan sentiasa menunggu dan menerima dari mereka yang mahu pulang ke jalan NYA.
dan lagi sedangkan kekasihNYA itu juga adalah seorang pemaaf.
diibaratkan kekasihnya itu sehelai daun berada diatas apalagi kita hanya sehelai rumput ditanah rata.
ternyata kesalahan itu hanya dibuat-buat untuk terus menyalahkan dan tidak membolehkan diri itu memaafkan. sekiranya wanita ini punya kesalahan. beringatlah wanita ini juga manusia tidak lari dari kesilapan. maafkan dia selagi masih adanya dia.
dan terus mahu aku katakan. wanita ini sudah dijanjikan darjatnya tinggi disisi manusia. apa lagi mahu dikatakan sekiranya itu antara ibu dan anak.
pernah tersingkap si lubuk ini mencebikkan kemarahan. tetapi tidak berterusan.takut ditelan api yang takan pernah boleh dipadamkan. kesempatan itu mengingatkan aku supaya suatu masa nanti aku tidak perlu berlari-lari anak mengejar sebelum tenggelam dihempas ombak besar.
wanita ini penguatku. wanita ini segalanya buatku. sungguh aku tak termampu untuk melindunginya tika ini. ampunkan aku. namun diri ini berjanji untuk terus memegang erat pegangan ini. agar aku dapat membahagiakan dia disuatu masa nanti.
menghargai dia sudah menjadi kewajipan. melindungi dia sudah dipertanggung jawabkan. tak perlu menyoal tak perlu pertikaikan. aku ini terus dan terus akan mengingatkan.
wassalam.