Salams..
Topik aku kali ini lebih senang aku khabarkan kepada kaum adam diluar sana yang merasakan diri mereka kasanova Malaya.
2 hari lepas, temanku yang lebih dikenal Sasana, bertanyakan kepadaku mengapa bunga-bunga hampir semua madu dihisap. Dah kenyang dah layu bunga itu disedut habis. Mula layu dibiarkan saja.
Mulanya kata berkias. Aku agak tergamam memikirkan akan sebalik maksud itu. al-maklumlah tika itu aku sedang beri minum tanaman-tanaman diluar sana.~haha diingatkan hanya bersahaja. Tetapi ada maksud disebaliknya.
Menceritakan kenangan silam. Temanku mula bertanya. Mengapa wanita ini hanya dipersia-siakan oleh kaum adam. Terusnya lagi. Sering kali kami ini kaum hawa diguna-gunakan. Aku agak terkilan mendengar kata sedemikian.
Bukannya apa. Benarlah dalam perhubungan tidak boleh dipaksa-paksa untuk disayang-sayangkan. Namun katanya cinta. Iya aku sayang. Aku cinta. Tapi mengapa. Mengambil kesempatan kepada cinta yang kau agungkan. Ceritera ini bukan untuk menyalah-nyalahkan kaum adam. Tidak!!
Ada kalanya terasa perlu untuk bertanya? Kasihkah kau pada wanita ini? Kalau benar mengapa perlu kau ambil kesempatan pada dirinya. Padanya keikhlasan itu seharusnya kau hormati dia. Hargai segala keperitannya. Yang slama ini sibuk melayan amarah kau. Sibuk melayan makan dan minum kau. Apatah lagi kesihatan kau. Kami ini kaum hawa yang memegang itu sebagai pra-tanggungjawab itu tak pernah pula mempertikaikan.
Kebenarannya. Kita sayang. Kita cinta. Kita rela dipergunakan. Tapi kalau bukan kau yang bayar zakatnya. Mengapa kau nak pijakkan kepalanya?. Fikirla ada batasnya.
Tak kasih kah kau padanya. Tak kasihan kah kau walau sebesar zarah.
~Tidak? Jadi itu buat kau bertindak sedemikian?
Dah dicurahkan segalanya. Kau Persia. Tak cukup satu kau nak 8!! Kata kau takut bosan. Tapi kau kata sayang. Cinta dia seorang. Ahh..dasar buaya.
Lebih keji kau gunakan segala hartanya. Kehulu kehilir kau jadikannya dreba kau!! Nak makan nak minum macam aku ni mak kau. Malah punya hasrat ragut seri dalaman yang dah sah-sah belum halal untuk kau punya. Pergh!! Rasa membakar pun ada.
Pernahkan kau fikir, kasihnya adam pada hawa tidak pernah digembar gemburkan.
Katanya cinta. dia binakan masjid lambang cinta.
katanya kasih si adam pada hawa. dia berikan hawa cahaya purnama.
Katanya adam agungkan hawa. Tinggikan suara jauh langit dan bumi.
Nah itu kebenarannya.
Tak usah kau sayang kalau mahu kau robekkan hatinya.!! Sakit itu kalau sekadar 5 minit, 80juta kali pon tak ada yang kisah kau perlakukan. Namun kalau 80 juta tahun pon belum tentu sembuhnya luka itu. baik kau amikkan saja pisau tusuk jantungnya. Senang habis cerita. Ini!! Yang merana bukan kau. Dah la segalanya kau punya. Tak acilah kalau kesengsaraan miliknya.
Dah sampai penamatnya. Kau mahu bermula semula. Diulang lagi perkataan yang sama sewaktu kali pertama. Tak adil lah begitu bang!! Buku pun dah tutup. Dah masok tong!dah bakar dah pon. Tak boleh buat apa lah. Nak tolong pon dah terlambat.
Dah tuh aku nak sampaikan penghujung cerita.
Iya. Mahu aku kabarkan. Wanita itu mungkin seperti lilin. Bila dinyalakan api cair jadinya. Namun kalau api sekecil itu dicurahkan minyak tanah. Jangan kata anai-anai di dinding rumah boleh hangus terbakar. Dunia juga boleh hancur jika maraknya api yang menyala.
p/s: benar atau tidak!!tepuk dada tanya selera..buat si gadis cantik lagi rupawan di luar sana. gunakan sebaiknya pepatah yang tak pernah lekang dek zaman "kumbang bukan seekor"..