terjah aku. ke??

web site hit counter

May 26, 2010

Kelemahan Disebalik Kemajuan!!!

zaman teknologi tinggi yang sering kali membikin manusia saling menandingi akhirnya menghancurkan bumi dan manusia dalam diam.
terlalu banyak kerosakkan demi mencapai kesenangan dan pembangunan yang diidamkan sendiri oleh manusia.

semakin mahukan bangunan yang mencakar langit,
semakin bumi ditarah seratanya.
semakin mengidamkan kehidupan berpaksikan kemewahan,
semakin yang miskin ditindas-tindaskan.

**itulah yang dimahukan oleh setiap insan di era kegemilangan teknologi tinggi.

kehebatan manusia mencipta sesuatu yang memudahkan setiap manusia dalam segala hal.
memanglah patut di banggakan namun masih tidak dlihat sepenuhnya yang itu semua hanyalah membuatkan manusia itu lebih cenderung
dengan kehidupan yang serba serbi senang lalu jadi malas.
bukan merepek atau bercakap kosong.

sepertinya kita dapat melihat, tika ini internet dah terhidang, orang nak ber-shopping pon dah tak perlu susah-susah, klik saja dah boleh tengok semuanya.
nak hidup sehari-hari pon disenangkan. tak mahu masak, lauk pauk ber-tin sudah cukup menyelerakan.

zaman ni budak-budak dah tak perlu nak bersusah payah main di padang.
duduk depan PC dah ada macam-macam yang boleh dimainkan.

jangan kata kamera dah tak perlu dicuci gambarnya, digital kamera dah ada memory masuk terus dalam komputer tak usah buang duit.

kalau berterus-terusan begini, memang makin ramai lah yang bijak sana, searung dengan itu makin ramai la yang hidup sekerat jalan je.

kalau dulu zaman aku.

sengih*

jangan kata nak beli barang nak masak, disuruhnya aku berkejar ke kedai mendapatkan semua yang diperlukan.
jangan kata nak membeli-belah, 2-3 pusat membeli belah diterokai.
jangan kata permainan konda-kondi yang dipikirkan tiap hari untuk dijadikan permainan. bola sepak, roundes, baling slipar, semua pun kami terjah.
jangan kata nak bergambar perlu digital, kami advance guna polaroid.

seronok bila diteringatkan semua yang melucukan tika zaman sebelum aku mengenali apa itu komputer.
seronok bila diteringatkan masih ada yang kisahkan aku, bila hilang dari mata mereka setiap petang.
seronok bila diteringatkan habis buah dipokok jiran dimakan aku dengan yang lain.
seronok bila diteringatkan disesah-sesah kerna terlalu nakal bermain hujan dikala kilat sabung menyabung.

semua kenangan yang tak kan dilupakan semua ada dalam lokar yang tak boleh ditukar ganti melainkan dipulangkan semua kepada peminjamnya.

berdekeh sendirian*

kalau diikutkan dikemudian hari manusia era ini, penghujungnya seperti tak punya apa-apa untuk di dibungkus siap-siap dijadikan kenangan.
sepertinya semua itu bersifatkan kesenangan, apa yang ada pun senang la dilupakan.
tak ada, yang boleh dibikin untuk bergelak ketawa bersahaja sebaik diteringatkan.
tak ada yang nak diceritakan kerna semuanya memiliki menda yang sama.
tak ada yang perlu dihebohkan kerna yang punya semua menda biasa.

syukur aku bukan sedikit.
syukur aku berlajar lebih berani.
syukur aku tak bergantung kepada kesenangan yang orang lain miliki.
syukur aku tak pernah kesahkan untuk lebih senang dari yang lain.
syukur aku diberi peluang memiliki kenangan pahit. mengajar aku menjadi aku.

semua yang ada saat ini buat aku bersyukur dengan yang lalu.
kerana aku tidak bergantung dengan era ini, sepertinya tidak boleh hidup tanpa komputer.
kerana aku belum malas untuk ke sana-sini,sepertinya tidak punya kaki berjalan sesana-kemari.
kerana aku lebih menghargai makanan yang dimasak sendiri, sepertinya dapur masih menggunakan arang.
kerana aku lebih menghargai semua yang aku miliki.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pesanan Tambahan aku:

dan hingga ke hari ini, aku masih menitik beratkan semua hal termasuklah menda kecil yang tidak diendahkan orang lain.

berbalik kepada kesenangan teknologi zaman ini, ingin aku ingatkan.
sudah dicipta air-cond untuk kau orang rasa sejuk bila matahari terik. tapi ingatlah, berpada-pada menggunakan.
kau orang sejok, bumi pula menanggung kepanasan yang melampau.(selidik sendiri apa yang aku sampaikan).

sudah diberi kesenangan nak makan minum boleh gunakan plastik, tin dan sebagainya. janganlah kau orang tak amik kesah bagaimana nak membuangnya.
walaupun ada yang diberi kerja mengutip semua itu, tidak bermakna kau boleh mengambil kesempatan pula. bukan susah pun kalau nak buang dalam tong yang disediakan.

sudah diciptakan pelbagai version barang-barang elektrik yang dasyat-dasyat, janganlah bila dah rosak kau orang buang pula didepan rumah orang, pergilah cari pusat kitar semula.

sudah diberikan teknologi berkomputer yang dasat, sekali sekala manfaatkan lah maklumat yang diperoleh disesetengah website.(macam aku online sibuk cari tempat yang boleh beraktiviti dan memotivasikan diri aku ni)

semua yang dicipta, ade penyelesaiannya bila dah tak boleh diguna pakai. janganlah bersikap sambil lewa. yang merana keturunan kau orang jugak.

Hari-hari mendatang

Daisypath Anniversary tickers