terjah aku. ke??

web site hit counter

March 19, 2010

Itu bukan pilihan aku



Aku menunggu dan terus menunggu. untuk menjadi seperti itu.
Menanti kedatangan hari yang pasti bukan ketika ini buat diri aku.
Dan masih seperti itu, memberikan mereka kepuasan, kemenangan, dan kebanggaan.
Trofi kejayaan dijunjung tinggi. Disanjung pula orang beria.

Haaihhh..

*mengeluh menggelengkan kepala*

Dan terus Aku menunggu dan terus menunggu.untuk menjadi seperti itu.
Mahu melihatkan kesahihan sesuatu yang akan mengundang lara pada mereka si tua itu.
Bila mana, jiwa dikecam, atinya luluh, lumpuh seamatnya.
Nah. Dan aku jesteru itu Hidup terus dicaci maki. Bagaikan aku sehelai kertas di konyok-konyok. Dirobek. Dibakar seluruhnya.

Seperti tidak wujud maruah itu. Sepertinya, aku tidak pernah punya keingginan. Sepertinya aku ini, kesemua itu bernyawa.
Ada nyawa!! Aku juga punya akal, dan dari sejak azalinya, dibenak ini,aku juga pernah memohon dibantu yang MAHA KUASA.

Bukan bohong. Bukan juga mereka cerita. Tak ada gunanya.
Jika aku terlalu bodoh, buat apa mahu disekolahkan aku setingginya. Mengapa tidak dikahwinkan saja. Bukankah dari Keturunan Melayu zaman parameswara itu mengiyakan perempuan duduknya didapur pada akhirnya.
Jadi sudahkan saja pengajian aku. Kalau itu dipikiran kamu.

Namun aku tetap menunggu dan terus menunggu.untuk menjadi seperti itu.
Dan tetap tahu, pepatah melayu yang tidak mundur itu bisa aku gunakan, “menuntut ilmu, biar sampai ke negeri China”..malah akan ku pegang kata itu, “kejayaan itu boleh dicari,asalkan punya usaha”.

Benar. Mungkin sekali aku bodoh dalam mengejar ilmu, tapi bukan bermakna aku tidak boleh hebat seperti kamu. Dan yang pasti itu bukan penghalangnya. Malah penguatnya.
Jangan dihina dan dicabar. Dunia ini diibaratkan seperti roda. Semua itu berputar. Tidak selalu akan berada di atas.

Dan yang masih mencela kehidupan aku. Jangan pernah berhenti kalau itu buat kau orang bahagia. Teruskan, tidak pernah akanku kesah. Mati esok tidak disatu. Dosa pahala Tuhan tentukan.

Bagi si tua yang lara. Doa dan restu aku perlukan. Bimbinglah aku agar menjadi lebih dari yang dimahukan. Nescahaya aku pasti diberkatiNya.


p/s:aku titipkan pada mereka yang tidak pernah hirau menyinggung orang lain. lebeh baik kau pikir diri sendiri dan keturunan kau kemudian hari, dari mengabil kesempatan pada org lain atas kegagalan mereka.

Hari-hari mendatang

Daisypath Anniversary tickers