Kasih, ikhlas yang tersirat.
Bila cerita tentang kasih. Pasti mengenangkan kekasih hati atau sepasang kekasih.
tapi pada dasarnya kasih itu ratusan makna. Ribuan perbicaraannya.
Namun, Pada watikah ini.
Kasih yang dipersoalkan adalah kasih si adik, si abang, si kakak, mahupun si anak terhadap ibu bapa dan keluarga.
Asalnya mereka hanya memainkan peranan dengan panggilan yang ada.
Namun tersingkap satu tanda tanya.
Bagaimana tanggung jawabnya? Perilakunya? Peribahasanya?
Semua jawapan itu hanya boleh di beri untuk 20minit pertama sahaja, tapi kesudahannya, setiap kasihnya itu tiada erti kira tidak punya keikhlasan yang memegang peranan itu seadanya.
Kasih bererti ikhlas bagiku.
Kasih sebagai apa pun kamu,kepada siapa pun,tidak boleh dilakukan semua itu jika tak punya keikhlasan.
Kerana apa? Kerana sesuatu yang dilakukan tidak akan bererti jika tidak tertera kata ikhlas didalam hati.
Penah didengar-dengarkan.
Pujuk rayu bila diperlukan sesuatu.
Bila dah diberi tolong, sekali itu dibalas satu.
Alih-alih setelah itu, sekali lalu pandang belakang pun tak mahu.
Pernah dikenang-kenangkan.
Ampun maaf sebutan terdahulu.
Sekali setahun buat syarat pun belum tentu.
Kalau salah dia. Didiam-diamkan.
Kalau salah kita kemudiannya diungkit-ungkitkan.
Pernah juga disebut-sebutkan.
bunyinya kasar,terngiang-ngiang.
Jika dijawab, katanya kurang diajar.
Jika mendiam, ingatnya tak mendengar cakap.
Apalagi mahu dikata. Yang baiknya hanyalah dia.
Kasihkah itu namanya dia.
Orang tuanya itu dicebik-cebikkan.
Saudaranya itu diherdik-herdikkan
Masih ternilai ertinya kasih jika diamal selamanya. Bukan senang bukan susah, dah wajib dilaksanakan. Terima sahaja lah.Sekali pengajaran belum tentu menjadi peringatan, jesteru itu aku akan berterus-terusan akan mengingatkan.
“Tersurat kasih disanubari,
dikenal pasti orang yang sudi,
pasti kasih diikat janji,
tersemai indah tak terperi.
Bukan sekejap, tapi sehingga mati”.