bila mulut mula bicara,
Hati ku pula mula berkata,
Dimana letaknya chenta?
Jika kasih hilang entah kemana.
Kau suruh aku pejamkan mata,
Katanya kejap Pergi tak lama,
Bila aku bukakan mata,
Cahaya terang, padam sekelip mata.
Mana perginya chenta? Mana?
Ku sangka bulan jatuh keriba.
Mana perginya Kasih? Mana?
Kusangka hujan, batu jadinya.
Kau bagiku segala,
Kata kau, aku bagai bahana,
Mencari syurga, menyimpang neraka,
Begitu indah, sekejap tak lama.
Bohong.
Si pembohong.
Mereka cerita jadikan kau juara,
Aku salah dimata kau sahaja,
Takku hirau kau tak ada,
Pergilah jahanam bukan kau seorang didunia.
p/s: pada mereka yang gemar mencari alasan melepaskan diri dari chenta mereka.