musykil tapi.....
Aku percaya, dalam satu perhubungan pasti ade pahit manisnya bahkan ada naik turunnya. Kadang- kadang kita terlalu yakin bahawa si dia, kekasih atau penyeri hidup kita itu akan terus dan terus bersama, menyayangi kita malah akan setia menerima seadanya. Sebenarnya tidak.
*Tapi bagaimana nak buat mimpi jadi kenyataan?
Iya mungkin 10% darinya akan tegar dengan kemungkinan itu. akan tetapi selebihnya pula bagaimana? Ternyata perlu wujud keraguan. Populasi dari nisbah itu masih ada. Bagaimana pula reaksinya. Pasti hilang madu sepah dibuang.
Aku sering kali mendengar kata pujangga “biar mati mencerai kita”!! Tetapi kini, bukan saja pada mereka yang belum bernikah, malah yang telah mendirikan masjid juga mudah meruntuhkannya. Mudah saja berlaku penceraian. Biarpun tahu murkanya tuhan pada mereka.
*Perkataan cinta itu juga sudah menjadi klise. Apa nak kata?
Aku juga insan seperti mereka yang sering alpa terhadap perkara yang dianggap remeh ini. Aku juga pernah berkasih malah terlalu kasihkan insanNya. Pernah juga dengan sewenangnya minta ditinggalkan. Hanya semata tercalar sebesar kuman.
ketahuilah bukan semua yang dihajatkan dikabulkan. Oleh itu, memang perlu memahami sesame insan untuk dibalas kehendak itu. Tapi kalau lumrah manusia, tetap juga tidak pernah berasa sempurna, apakan daya.
Mulanya: (.”) <3 (“,)
“ baby!!I sayang u, u sayang I tak..??”, jawabnya “ye!!I pun sayang sangat kat u b!!”
Akhirnya: (>.<)
“ bab1!! I benci u, I tak nak ade kena mengena ngn u”, jawabnya “ ye!!I 100x benci
nak tengok muke u yang macam bab1 tu!!huh…”
Aku juga mengalaminya. Bercinta membabi buta. Saat mula keretakkan, aku mula mengorak langkah untuk lari dari masalah. Itu aku. Tapi dia, saat mula bercakaran, dia tetap berpijak di bumi yang nyata, menunggu tenang air yang bergelora.
*Errrggghhh!!sabar je dik…sabar separuh dari iman. Erk mana iman?? Tah la. Dah lari la kot.
Iya. Aku akui aku lemah menghadapi semua ini, tapi aku hanya bergantung pada takdir buat terakhir kalinya. Kini. Aku kasihkan dia hingga menggadai jiwa. rugi sedikit bukannya apa. Mengharap pulangan besar kemudian hari lebih berbaloi dari muflis sepenuhnya.
Berjanji belajar menerima sesuatu yang tidak aku harapkan. Belajar menyukai sesuatu yang tak boleh aku hadapkan. Nah itu aku sekarang. Gambaran masa depanku hanya sebuah keluarga yang bahagia. Semata-mata untuk tidak menyesal dikemudian hari.
*Tetapi tetap juga ada batasnya. Takkan kena pijak masih kata “tak pa!!buat lah lagi. Janji kau cintakan aku??”!! tuh bukan cinta, tuh bodoh namanya.
Seterusnya.Yang lain tepuk dada tanya selera. Kalau dah dapat daging segar, takkan mengharap dapat yang busuk baru nak buat rendang. jadi masuk dalam peti ais kalo rasa nak simpan setahun dua,baru tahan lama.
Haha ;D