terjah aku. ke??

web site hit counter

March 23, 2010

Wajarkah membisu?


Buliten jam 8 tv3, 21hb mac. Apa yang ingin aku sampaikan ada kaitannya dengan maklumat terdahulu? Mungkin ada antara kalian yang tahu topik utama yang saban hari semakin menjadi isu hangat dan menjadi symbol kebodohan bahana si celaka.

Mungkin pada dasarnya kedengaran kasar, eh bukan kasar, malah lebih dari itu, kurang ajar. Aku tak kesah dilebelkan dengan apa saja panggilan mahupun gelaran. Yang penting aku tahu apa jawabku.

Wajarkah kau membisu?
Mengapa tidak pernah isu itu dipandang serius oleh si celaka?
Aku tidak pernah mahu menghiraukan apa yang mahluk atau yang lebih sesuai ialah apa si celaka bikin?. Takkan pernah aku kesahkan. Tapi bila sudah si celaka bawa bahana. Boleh kah aku selaku manusia yang mengetahui perkara itu diam? Oh tidak!!!

Wajarkah kau membisu?
Mengapa kau melakukan kalau tak mampu menanggungnya? Mengapa kau membenarkan tanpa memilih jalan yang ada? Mengapa?

Aku juga bukan sempurna. Malah tiada yang sempurna melainkanNya. Tetapi secebis dari kesempurnaan sifat yang dah diberi adalah terlebih dari cukup jika dibandingkan dari yang tidak memilikinya.

Aku juga bukan baik. Malah tidak sebaik dan semulia mereka yang dimuliakan. Tetapi secebis dari itu aku masih dikurniakan.

Wajarkah kau membisu?
Mengapa seekor burung lebih mengamati kelahiran barunya? Mengapa?
Dan yang terpaling tinggi diberikan padaku adalah akal. Aku mungkin tidak sebijak mereka yang akalnya menandingi segalanya.

Tapi darjatku sedikit tinggi dari haiwan. Kerna aku kikurniakan akal.
Aku sangat mengagumi haiwan. Iya!!benar haiwan itu tidak punya akal, namun masih mengerti erti belas kasihan. Dan jika dibandingkan dengan bahana yang dilakukan oleh si celaka pada zuriatnya, aku lebih memilih untuk menyanjung tinggi peri haiwan itu dari manusia yang jauh lebih buas sifatnya dr si binatang.

*kesal*

Mengapa susah untuk kau menjawab persoalan itu? Mengapa si permata di pertaruhkan? Mengapa melakukan jika tak mampu mentatahnya? Mengapa jalan terakhir adalah memilih untuk menarik nyawanya setelah 9bulan disenyawa? Dan lagi mengapa tidak kau berikan pada mereka yang jauh lagi pemintaannya didengarkan? Atau mungkin boleh kau letakkan pada rumahNya dia?

Ahhh…apa lagi harus dibicara, jika permata bisa diibaratkan kaca alangkan intan mahu ditatangnya.

p/s: cahaya yang bakal menyinari hidup, tatahkan bagai permata. Sedangkan termaktub dalam firmanNya, si ibu yang menjaga permatanya, tidak dapat dibandingkan dgn apa yang bakal diterima akhirat kelak.

Hari-hari mendatang

Daisypath Anniversary tickers